Pengikut

Selasa, 28 Oktober 2008

Kampung Kubu Di Pemerintahan Tun Hj Mustafa

AGAMA

Dato’ Penghulu Haji Mustapha membangunkan sebuah madrasah tempat belajar ilmu agama serta mendirikan solat berjemaah dan belajar membaca Al-Quran.

Pada suatu hari Ketua Sabak Bernam bernama Raja Itam mudik bersama Tuan List, wakil Kerajaan Inggeris di Teluk Kuwali, Sepong. Melawat ke Kg Kubu,lalu singgah di hujung pasir tanjung itu naik ke darat, dilihatnya orang ramai-ramai sedang bersembahyang. Setelah selesai orang sembahyang itu, ia pun datang mendapatkan mereka yang ramai itu sambil berbual, dalam pada itu ia berkata “ saya hairan melihat tuan-tuan disini sangat alim-alim serta taat mendirikan agama Islam, oleh itu saya suka, itu pun jika tuantuan bersetuju kita berikan nama tempat ini TANJUNG MALIM “


KEMUDAHAN ASAS

Dato’ Penghulu Haji Mustapha adalah seorang yang dermawan, sehingga pembangunan Masjid dan Balai Polis adalah sebahagian besar dari sumbangan beliau sendiri.

Bukan itu sahaja bahkan beliau membuka tanah-tanah baru, membangunkan pasar untuk berniaga serta membina pengkalan di tebing sungai Bernam untuk kemudahan orang-orang kampung sebagai perhubungan dan nadi memasarkan hasil-hasil hutan. Oleh kerana kemakmuran dan keharmonian Tanjung Malim di bawah kepimpinan Dato’ Penghulu Haji Mustapha, maka berduyun-duyunlah orang-orang perantau dari Tanah Batak, Rao, Kampar dan lain-lain.Jadilah Tanjung Jambu dari sebuah dusun menjadi Tanjung Malim yang membangun sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan: